26 Feb 2010

Khasiat Buah-Buahan Kurangkan kolesterol


KESIHATAN / KESELAMATAN: Makanan Berkhasiat

Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol


TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanUniversiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya.

Kopi Yang Termahal Didunia

Tahukah anda apakah kopi yg termahal di dunia?

Cappucino? Expresso? Mocha?
What? Kopi Janda? Tu yg mahal bukan kopinya.. tapi jandanya. Kah kah kah...

Biasa kita minum kopi.. kopi yg diproses dari biji kopi asli. Tapi berlainan dengan kopi ini. Nama pun paling mahal, mesti la ada spesel nya.. Hehe.

Pernah dengar nama 
Kopi Luwak? Kopi Luwak ialah kopi paling mahal di dunia..

Kenapa mahal? Sebab ia ada ingredient tambahan.. diproses dan diadun secukup rasa, bukan dalam periuk belanga, tapi dalam perut haiwan.. Haa, jangan terkejut beb. Sebab tu la mahal.. Hehe.


cid:image001.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Kopi Luwak keluaran Thailand berjenama 'Doi Chaang'.


cid:image002.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Kopi Luwak keluaran Filipina berjenama 'Alamid'.



cid:image003.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Eh.. menatang ape ni? Apa kaitan dengan kopi lak ni?

Haa.. menatang ni la yg buat kopi ni sedap. Menatang ni la yg telah menaiktaraf status kopi ni jadi the most expensive coffee in this world!

Cane jadi gitu pulak? Haa.. relek.. follow story kat bawah ni...


cid:image004.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Menatang ni namanya Civet. Lebih kurang macam musang la, badan bintik2.. membiak area Asia , Afrika dan Eropah.


cid:image005.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Petani di Jawa Timur memetik biji kopi sebagai makanan Civet.


cid:image006.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Hanya biji kopi yg elok dan terpilih je dijadikan makanan Civet.. demi menghasilkan kopi yg berkualiti tinggi.. Errkkk..


cid:image007.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

cid:image008.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Civet diberi makan biji kopi terpilih. Masa proses penghadaman, enzim Civet akan bercampur dengan biji kopi ni. Bila najis keluar, ia akan menghasilkan biji kopi yg unik dan tasty.. Gulp!


cid:image009.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Najis Civet dipungut untuk diproses.


cid:image010.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Haha.. amacam, ada macam wafer cereal tak? Kah kah kah...


cid:image011.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

cid:image012.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

cid:image013.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Proses pembersihan dan pemilihan biji kopi Civet yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.


cid:image014.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

cid:image015.jpg@01CAA4C1.B4B366E0

Inilah hasilnya... Kopi Termahal di Dunia!! Wahaha.. 

13 Nov 2009

Cerita Lawak

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua.. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3


Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ............ .


Citer 4


3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5


Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew... Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk.. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road.. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6


Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7



Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8


Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Citer 10


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 11


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..

Bahayanya Gula

Gula dan Bahayanya

Apakah sebenarnya gula? Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan! Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukkan.
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab artritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan
batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
35. Penyebab
sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada Osteoporosis.
43. Penyebab air liur menjadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa>.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab Katarak.
57. Penyebab Emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak dalam Hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun jauh.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Menganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer.

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
Glukosa, Fruktosa, Laktosa, Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap maple, Molases, Sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa, Sorbitol.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh;
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh;
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh;
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh;
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh;
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh;
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh;
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh;
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh;
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh;
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu>> teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia? Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan
bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini. Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati. Saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".

Pengesahan Restoran Halal & Tidak Halal-JAKIM

Description:
Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2)Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di lace w:st="on"> malaysia lace> sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

7. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery
telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halalJAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
9. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

10. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

11. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam


Another Article
Jabir Ibnu Hayyan : Bapa Kimia Dunia
Hati Seorang Mukmin
Sampaikan Kami Pada Ramadhan....
Mengetuk Pintu Alam Ghaib
Bilal Dan Penderitaannya
Mutiara Ibnu Qayyum
TAUBAT suatu kewajipan mu'min
Beriman kepada al-Quran bukan baca saja
Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya
Yahudi Dalangi Keruntuhan Akhlak